Assalamualaikum..Haip!! ^.^

Thursday, 7 April 2011

ce-ciri?? ^.-


Beriman dan berpegang teguh pada agama
Elok rupa paras
Memiliki akhlak terpuji
Keturunan baik
Datang dari keluarga sederhana (bukan pentingkan kebendaan)

Aku tidak mengatakan yang dia sepatutnya memakai purdah..cukuplah bertudung..Aku tidak mengatakan dia sepatutnya memakai kopiah tapi cukuplah berpakaian elok.Aku tidak megatakan die perlu ke masjid,tapi cukuplah ke surau sekali sehari untuk menunaikan solat.Aku tidak mengatakan dia hanya harus bekerja kuat,tapi cukuplah dia ingat Allah kemana shj ditujui..Aku tidak mengatakan hanya dari segi fizikal,tapi ingatlah..rakan2..kemana2 kamu pergi..
INGATLAH ALLAH...
Kasihilah dirimu..

Cinta yang membawa ke "SYURGA"

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulallah s.a.w dan bertanya,"Bilakah akan berlaku "KIAMAT" Rasulallah?"
 Rasulallah tidak menjawab sebaliknya bertanya semula,"Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"
 
Orang Badwi itu menjawab ."Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan "HATI YANG AMAT MENCINTAIMU"
Mendengar jawapan oarang Badwi itu,Rasulallah bersabda yang bermaksud: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."

   Alangkah bertuahnya jika "CINTA KITA" betul2 "BENAR" dan "TEPAT".Kita akan bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti.Sebaliknya jika kita tersilap langkah,kita akan bersamanya di neraka!

   Insyaallah orang Badwi yang mencintai Rasulallah itu akan bersama Rasulallah s.a.w di syurga.Ya,kita akan sentiasa bersama dengan oarang yang kita cintai di dunia dan di akhirat nanti.Itu kepastian yang diberi Rasulallah s.a.w sendiri.Sesungguhnya ,mencintai Rasulallah itu ertinya mencintai Allah.

Firman-Nya yang bermaksud : 

"Sesiapa yang mencintai Allah,maka ikutlah aku."
 (Surah Ali 'Imran 3 : 31)

Ingin aku kongsikan..
Tkperlulah terlalu mengejar duniawi..Ingatlah dunia hanya pinjaman semata-mata..Pilihlah rakan sebaik-baik rakan..Pilihlah teman hidup sebaik2 teman hidup..Yang mendorong ke arah kebaikan dan bukannya keburukan..Sbarlah dengan setiap ujian..Ada hikmahnya..Terima dengan redha tapi jangan pasrah.Kita sebagai makhluk umpama ujian..Laksanakanlah ujian ini sebaik mungkin..dan lakukannya hanya semata2 kerana Allah S.W.T.
Insyaallah.

Monday, 4 April 2011

I'am not hoping of him..
but if it's true,i'am really glad ^.-

Saturday, 2 April 2011

Hari ini ada cerita ^.-

Harini keluar drive dari Muar ke Melaka.Jemput kawan2 "Farah,Aini,Ira" nak pergi siapkan assignment colour,black & white and final assgnment "rumah tradisional Melaka" hmm.
  Seriously penat but having fun sebab harini masa shooting dkt Zoo,relax je..Maybe sebab ramai orang yang beriadah disana.Yelah,meriah semacam.
  Farah dapat pegang tangan Orang Utan..hehe,kena lompat.Aku tak dapat sebab segan nk lompat.Orang Utan tu muka die comel je..Macam nampk die senyum =) Farah bawa zoom lens die tadi.Die kena perli shj "Untungla"..hehe..Kami gurau lah.Yelah,jeles awk dapat snap dekat,angle dekat,KAMI??Tunggu next sem jelah.hehe..
  Overal harini semua lancar walaupun tak dapat siapkan kesemuanya lagi.Alhamdulillah..Balik Muar aku drive sorang2 waktu maghrib.Memang best =!..

Thanks kawan2..

Friday, 1 April 2011

si "dia"..Mengapa?kenapa?

  Hidup ini penuh persoalan kan?Sejak dari lahir lagi.Ibu,kenapa name akak "atasha"?..Ayah,kereta tu nama apa?..Banyak persolan..Tapi bukan itu yang aku ingin celotehkan.Aku ingin celotehkan tentang "kamu".
  Ada permasalahan disini.Kenapa kamu begitu dan kenapa kamu begini?Andai kamu tahu aku hanya mahu lakukan yang terbaik untuk kamu malah ianya kebaikan bagiku juga,kenapa kamu seandai tidak bersemangat melakukannya?
  Aku cuma mahu kamu mejadi insan.Insan yang dipandang mulia dimata masyarakat malah disayangi Allah..Sedarkah kamu?

Ya,aku tahu...


"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS , Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF , Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM , Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH , Jika diri tak
sempurna RASULULLAH S.A.W"

Jadilah "insan" yang "soleh"
Kuharapkan hari esok lebih baik..Insyaallah..

Thursday, 31 March 2011

Cinta Allah perlukan mujahadah!

Perlu atau Suka?
Dalam hidup ini manusia berdepan dgn dua perkara iaitu Perlu dilakukan atau Suka dilakukan.Biasanya perkara yang kite perlu lakukan adalah perkara yang tidak suka dilakukan dan perkara yang kita suka lakukan ialah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

contoh :
Bangun subuh adalah perkara yang perlu untuk kita lakukan.Namun perkara apa yang kita suka lakukan?Jika diikutkan nafsu kita suka untuk terus tidur.kan??

Waktu inilah "Mujahadah" diperlukan.Lawanlah nafsu.Tidak ada jalan keajaiban melainkan menempuh kesukaran.Ingatkan hati bahawa untuk berjaya dalam hidup kita perlu lakukan sesuatu yang kita "Perlu" buat walaupn tidak sukakannya.Ia menagih ketabahn,keberanian dan istiqamah (konsisten).Ini semua seolah menyeksa diri sendiri.

 Ketahuilah bahawa manusia wajib mencintai Allah,Maka mujahadah itu wajib kerana itulah satu2 nya jalan yang menemukan kita kepada "Cinta Allah"

Prihatinlah dengan setiap coretan yang daku sampaikan ini.Insyaallah membantunu dalam kehidupan.

                                                                                                          motivasi daripada "Solusi"